RSS

Saturday, February 27, 2010

HOT: Rahsia Alam Jin

Salam kepada semua yang sudi melawat Blog ini. Untuk post yang terbaru ini saya dapat melalui laman web yang menerangkan kita semua tentang Alam Jin yang kita tidak ketahui selama ini..Jom Baca jap..



Tahukah anda selain manusia, alam ini juga dihuni oleh makhluk ghaib yang bernama JIN. Alam kedua-dua makhluk ini letaknya sangat berdekatan bahkan boleh dikatakan letaknya saling bertindih (cuma dimensinya sahaja yang berbeza). Dan antaranya ikut hidup berkeliaran dengan manusia di rumah-rumahnya (ada yang menyerupai kucing dan lain-lain haiwan peliharaan). 
       Sesuatu tempat itu mungkin tempat kediaman JIN ataupun mungkin perkampungannya. Sebab itu bila berada di tempat yang kita belum kenal keadaannya janganlah bertindak sebarangan, takut nanti perlakuan kita itu mengganggu ketenteraman JIN dan menjadikan ia marah (walaupun dengan tidak sengaja).
Kebanyakan manusia walaupun percaya adanya makhluk ini disekelilingnya tetapi kerana tidak nampak, maka mereka mudah terkena tipuan dan godaannya. Dengan ini patutlah kita sedari bahawa syaitan itu selalu mengintip-ngintipkan manusia bagi membencanakan anak-anak Adam.
Menurut kejadiannya, JIN ini merupakan makhluk yang perkasa dan boleh menunduk atau mengalahkan manusia.

       Namun mereka tidak mempunyai ruang untuk menyambar manusia kerana Allah s.w.t. menjadikan bagi manusia (yang sentiasa mengingati Allah) malaikat-malaikat penjaga yang lebih gagah daripada JIN. Dan dengan ini manusia dapat mengalahkan JIN dengan mudah. Kiranya tiadalah pemeliharaan Allah kepada manusia, nescaya binasa dan musnah mereka semuanya.

Sesungguhnya tubuh JIN dan manusia itu terbina daripada bahan-bahan yang boleh musnah, maka terjadinya kematian dan kemusnahan itu sama-sama dialami oleh dua makhluk ini.


Adakah JIN Itu Beranak Pinak Seperti Manusia?
Manusia memerlukan masa mengandung selama sembilan bulan untuk melahirkan zuriat dan anak manusia juga memerlukan masa yang lama untuk
matang dan menjadi baligh.
Berbeza dengan JIN dimana, apabila di sentuh alat kelamin lelaki dengan alat kelamin perempuan, maka JIN perempuan akan terus mengandung dan beranak dan anak JIN yang baru lahir itu terus mukallaf. Begitulah keadaannya
sehingga ke hari kiamat.
Iblis pula apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan mengeluarkan 33 biji telor. Dalam setiap biji telor itu ada 33 pasang benihnya. Tiap-tiap pasang benih itu apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan keluar seperti yang terdahulu. Begitulah proses pembiakan JIN dan Iblis sehinggalah ke hari kiamat.
Bunian atau lebih masyhur di kalangan orang-orang Melayu dengan panggilan orang Ghaib pula ialah hasil campuran lelaki atau perempuan JIN dengan lelaki atau perempuan dari kalangan manusia. Anak yang terhasil daripada percampuran itu dikenali dengan nama Bunian. Perangai dan tingkah laku serta rupa bentuknya orang Bunian ini dalam beberapa perkara mengikut manusia dan dalam beberapa perkara pula mengikut JIN.

Jika asal usul datuk manusia ialah Nabi Adam, maka asal usul datuk JIN pula ialah
" Jaan " yang asalnya adalah beriman kepada Allah dan melahirkan keturunan yang beriman. Selepas itu terdapat pula dari keturunan Jaan yang kufur dan melahirkan pula keturunan yang kufur. Anak cucu Jaan yang asal beriman itu ada yang kekal dalam iman dan ada pula yang kufur dan ada pula yang
kembali beriman kepada Allah.




Adakah Makhluk Setengah Manusia Dan Setengah Buaya Yang
Dipanggil "ALLISAPIEN" Ini Adalah Makhluk Aneh Yang
Dipercayai Berasal Dari Manusia Pada Zaman Dahulu
Tetapi Telah Mengalami Perubahan Evolusi Yang
Tersilap Seperti Yang Di Dakwa Oleh Seorang
Ahli Paleontologist Iaitu Dr. Paul Ledbrader


Petikan Dari Buku "Jelajahi Alam Jin"
 ‘Syaitan Syiqq’ yang menyerupai separuh manusia dan haiwan.
Sebenarnya Allah sudah menentukannya dalam rupa
bentuk sedemikian, bukan disebabkan perubahan
evolusi seperti yang didakwa oleh Dr. Paul Ledbrader



No comments:

Post a Comment