RSS

Thursday, June 10, 2010

DZIKIR NAFAS

A. CARANYA :

a. Bersuci dahulu. (hadas kecil & besar)
b. Duduk bersila atau duduk dikerusi didalam ruangan yang bersih.
c. Posisi badan tegak, kepala lurus dengan tulang punggung dan semua otot-otot dikendorkan. Mata terpejam, mulut tertutup rapat dan lidah sedikit ditekuk diatas.
d. Pusat kosentrsi pada jantung. Bayangkan jantung adalah masjid dan anda duduk didalamnya.
e. Ucapkan dalam hati selama melakukan hal tersebut diatas :
- Laila hailalloh , Laila haillaloh … (sampai 10 minit dengan irama "ajeg" (rutin).Waktu menyedut nafas ucapkan "Laila hailalloh" dan waktu menghembuskan nafas ucapkan pula "Laila hailalloh". Lebih lama akan lebih baik lagi. Bagi yang sudah terbiasa bole melakukan hingga satu jam.
f. Setelah itu ucapkan takbir berkali-kali (Allohu Akbar, Allohu Akbar, Allohu Akbar, Allohu Akbar …. Dst).
- Waktu menghirup nafas baca " Allohu Akbar" dan waktu menghembuskan nafas juga membaca " Allohu Akbar" hingga 10 minit atau lebih. Sikap duduk tetap seperti diatas.
g. Terakhir kali ucapkan secara terus menerus " Alloh, Alloh, Alloh, Alloh … dst. Sampai sekuat anda. Ucapan didalam hati saja bersamaan dengan detak jantung.
Yang terakhir ini bole dilakukan bila saja dan dimana saja, berjalan, bekerja, santai dan bahkan bole dilakukan sambil nak tidur.

B. PENJELASAN :

Bila dzikir nafas tersebut dilakukan secara rutin atau berterusan/istiqomah, paling tidak sehari satu kali atau setiap selesai sholat fardhu, maka dalam satu tahun anda akan menjadi orang yang sakti pilih tanding. Anda bole mengobatai orang sakit , sakit apa saja, dengan kekuatan tenaga dalam hasil dzikir nafas. Dan dalam beladiri anda akan mudah melumpuhkan lawan.
Anda tidak akan mudah kena ilmu sihir, teluh atau tenung , gendam, dan sebagainya. Dan anda tidak mudah diganggu Roh Jahat.

Bila anda sering melakukan dzikir nafas anda tidak mudah terserang penyakit. Orang yang rajin dzikir nafas apabila di terawang (dengan ilmu keghoiban) maka orang tersebut akan nampak bersinar terang, putih kebiru-biruan.
Hal tersebut diatas akan lebih baik lagi apabila dikombinasikan dengan puasa sunnah isnin-khamis atau puasa sunnah lainnya dan melakukan sholat, serta menjauhi segala kemungkaran.

No comments:

Post a Comment